28.12.11

cp blog : Ismail Haniyeh menyeru pelan Arab-Islam bagi melindungi Masjidil Aqsa

Kaherah, (PIC)-- Perdana Menteri di Gaza Ismail Haneyya membuat seruan supaya satu pelan Arab-Islam dirangka bagi menyelamatkan baitul Maqdis daripada skema pendudukan Israel termasuk memberi sokongan kewangan dan politik.

Ismail Haneya di dalam sidang media di Kaherah, Selasa (27 Dis) mengutuk tindakan biadap dan keji pendudukan Israel dan pendatang Yahudi yang mencemar kesucian Islam dengan membakar masjid dan kitab suci al-Quran.

Beliau menegaskan pendudukan Israel adalah tidak sah dan apa-apa perubahan yang dilakukan oleh Israel ke atas tanah yang didudukinya terutama Baitul maqdis juga adalah tidak sah dan batal.

Beliau juga menggesa supaya negara-negara Arab dan Islam untuk membangkitkan isu 6000 rakyat Palestin yang masih berada di dalam penjara-penjara Israel.

Beliau juga memperbaharui pendirian menolak sebarang tindakan untuk menggadaikan hak pelarian Palestin untuk pulang ke negara mereka, dengan menegaskan bahawa ia adalah hak yang dijamin oleh Islam (“sacred right”).

Haneyya juga menyeru negara-negara Arad supaya memudah cara pembinaan semula Gaza sesuai dengan pelbagai resolusi yang diputuskan dalam beberapa persidangan.

Beliau juga mengatakan bahawa penyatuan kebangsaan (merujuk kpd persetujuan HAMAS-FATAH) adalah pilihan strategik dan satu kemestian dalam konteks kepentingan kebangsaan Palestin, serta memupuk keyakinan ke arah merealisasikannya.

Sumber:copy paste semata2 dr blog http://misicaknapalestin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

suka
tak suka